salam geng,
entry kalini pasal cerita kinabalu,kesah bermula apabila;
Dalam 8 orang ahli GengSaiko, 4 orang dengan poyonya telah mendaki Gunung Kinabalu, minggu lepas2. Jadi dipersembahkan catatan perjalanan kami dari pandangan mata saikos sekelian.
Hari Pertama (28/4)Flight awal gila. Pukul 730 pagi. 2 saikos tido kat airport KLIA (saikos naik MAS yer.. hehe). 2 saikos lagi tido kat rumah, bangun sebelum Subuh, gerak sebelum orang ramai mula mandi pagi. Kat KLIA (hebat sket sebut KLIA), semua ahlil gunung berkompol. 17 orang semuanya. Yang join trip ni actually 20, tapi lagi 3 orang sudah selamat sampai ke KK sehari sebelum. Dah check in bag semua, dengan muka-muka tido, kami pun masuk la flight. Duduk punya duduk, tak gerak-gerak. Rupa-rupanya delay.
Mula-mula delay 20 minit, lepas tu another 30 minit, lepas tu lagi 20 minit. Last-last, semua orang kena kuar kapal terbang - ada technical problem ropenye. LAPAAAAAAA... Perut saikos semua dah mula keroncong untuk Iena. Hehe. Naseb baik naik MAS, so dapat la kupon makan - so kami membaham la Burger King (kalau Air Asia, dapat mineral water sebotol je). Tunggu punya tunggu punya tunggu, dalam 1130 baru lah kapal terbang gerak. Makan lagi... Boncet perut memasing. Niat nak tido, tapi penerbangan kureng best, asik menari-nari aje atas. Nak tido pun cuak (ini perasaan Masyoo). Alhamdulillah selamat sampai KK.
Sampai KK, Pak Ketua Rombongan, Malek a.k.a Abedul, suruh kami semua naik van - nak terus gerak ke kaki Gunung Kinabalu. 2 van mengangkut 20 orang. Lepas 2 jam setengah memanaskan kerusi dalam van, kami pun sampai la ke Kinabalu Park. Cuaca dah mula sejuk sikit. Register, bayar-bayar itu ini, kami pun gerak ke Rina Ria Lodge. Boleh la tempat ni, 1 km dari Kinabalu Park. Kami yang perempuan-perempuan ini (4 Saikos, KaZai dan Farah) tido sebilik. Ada Astro lagi tau. Baru pukul 6, hari pun gelap sudah. Mandi ala-ala kadar (sejuk, ya tuan-tuan dan puan-puan). Makan malam boleh-boleh la, tapi lapar punya pasal, kasi hantam sajalah. Malam tu sepatutnya tido awal, maklum la besok kena mula mendaki, tapi terjumpa channel 180, ada konsert zapin zaman bila tah, lalu terlayan sampai lewat. Layan punya layan, sampai la tertido masing-masing.
Hari Kedua (29/4)Bangun pagi, berdebar-debar hati masing-masing. Boleh ke tak boleh aku ni mendaki Gunung Kinabalu ni? Cukup ke setakat lari stadium petang-petang? Cukup ke aku naik turun naik tangga Batu Caves? Cukup ke aku naik turun gunung-gunung comel kat semenanjung? Cuak cuak. Dah siap makan pagi semua, kami pun gerak la ke Kinabalu Park. Nak menghilangkan cuak masing-masing, apa lagi, mula la bergambar sana-bergambar sini. Apatah lagi ada beberapa orang bawak kamera hebat (Suhaidan, Haka, Farah ngan Daos). Kalau dah dasar Saikos tu, di mana ada kamera di situ kita berposing-posing. Gambar lompat pun ada juga. Lepas tu berkenalan dengan guide-guide kami - 3 orang semuanya. Kepala dia, Steven. Dia ni paling tua antara 3 orang tu. Lepas tu ada Severinus, tapi dia suruh panggil dia Sabar, kami panggil dia Sabariah. Last sekali Wilfred, tapi dia suruh panggil dia Wel.
Kemudian masing-masing timbang la bag, nak tengok mampu ke bawak (sebab masa training paling berat kami bawak 8 kg sajork). Sekali ada yang bawak 11 kg, 15 kg, yang 18 kg pun ada (dekat nak 2 guni beras tu). KaZai dan hubby (Azril) surrender, tak mampu nak bawak beban banyak, so diorang pun upah porter. Porter ni paling kurang kena bawak 10 kg. So akak porter ni nama dia Saloma. Hebat siot dia ni. Bawak 10 kg macam bawak beg budak jahat sekolah menengah (budak jahat sekolah menengah punya beg ada 1 buku dengan pencil case saje). 1 kilo bernilai RM8. Dah settle semua perkara kami pun naik bas ke Timpohon Gate. Sampai Timpohon, kami pun mula bergerak. Mula-mula gelak lagi, lepas beberapa minit, masing-masing mula serius.
cerita seterusnya klik pd gambar..tq





5 korang taip:
bestt laa koranggg..! cite natt & iena kelako laa.. heehehhee... dun wory be happy! -xstaff uniten-
sape xstaff ni?malu2 lak nk intro..agagaga...btw,thnx singgah kt blog kami.
haha..tu baru baca je tu..lom live lg..lg kelako..ehheh :P
live kalu.. sohih guling2 gelak....
hehehe
ps: kakna... lawa siot design ko... geram aku.
Sronok lah baca korang nye citer kat GK.. Hakak ni kalau terdaya nak je join.. tapi...rasa mcm tak mampu ... kih kih kih
Post a Comment